DARI DAPUR COMEL PN. EISYA



Sempena musim durian ni nak share lagi resepi berasaskan durian. Kali ni masak ikan keli tempoyak. Buah durian ada lebih sebiji, pastu teringat pula lama tak makan masak tempoyak, suruh En. Hubby beli tempoyak dia takmau beli sebab dia tak suka jadi buatlah tempoyak buatan sendiri. Bukan susah pun, senang jer. Rasa lebih sedap dan original. Yang dijual di kedai kalau nampak cantik berseri jer tu ada yg campurkan dengan tepung. 

Cara membuat tempoyak :

Bahan-bahan 
Sebiji durian 
1 sudu Garam

Cara-cara :
Asingkan isi durian dari bijinya, hancurkan isi dan gaul dengan garam. Sewaktu membuat tempoyak, pastikan tangan dan bekas semuanya kering. Bila dah siap, masukkan dalam bekas dan tutup. Jangan isi penuh sbb nanti boleh meletup tapi tak lah meletup macam bom atom. Cukup seminggu dah jadi tempoyak tapi kalau nak masak kurang dari seminggu selepas pembikinan, dalam masakan nanti masukkan lebih asam keping.

Untuk resepi Ikan Keli Masak Tempoyak pula

Bahan-bahan
4 ekor ikan keli di potong 2 bahagian (boleh diganti dengan ikan sungai yg lain seperti patin & talapia)
2 biji bawang besar **
6 biji cili padi ** (kalau nak lebih pedas, boleh masukkan lebih cili)
Kunyit hidup sebesar ibu jari **
1 senduk tempoyak **
Asam keping (boleh letak lebih jika nak lebih masam atau tempoyak baru buat)
1 batang bunga kantan
Seikat daun kesum
Timun

Cara-cara :
1. Basuh ikan keli bersama dengan limau dan garam, boleh rendamkan seketika
2. Blend bahan yang bertanda ** campurkan dengan sedikit air, selepas itu masukkan ke dalam periuk. Sy tak letak banyak air, biar pekat sikit. Lagi sedap.
3. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping
4. Bila telah mendidih, masukkan ikan keli, timun dan garam secukup rasa.

Setelah masak, hidangkan dengan nasi putih. Masakan ini menjadi kegemaran rakyat malaysia, rugi ler kome yg tak makan tempoyak heheheh



SELAMAT MENCUBA !!!



No comments:

Post a Comment