Tuesday, 19 July 2016

Yer lama kan Eisya Rahman bercuti dari menaip, blog pun dah banyak habuk...bersawang, cuci sampai bersin. 

SURIRUMAH BERKERJAYA

Tanpa menulis dan mengetuk papan kekunci di hadapan mata ini, sebenarnya banyak perkataan daripada kata-kata hati menari-nari di laman sosial popular, yep...FACEBOOK la...bila terlintas apa yg nak ditulis terus taip dan upload gambar. Kalau di blog ni mmg tak boleh update melalui hanphone (lagipun hp tak canggih mana pun) terpaksa on komputer dulu. Kesian blog ni ditinggalkan kesepian tanpa kunjungan tuannya.


Sebagai SURIRUMAH BEKERJAYA, hal2 rumahtangga, anak-anak dan 'baby besar' K.Eisya kenalah diberikan keutamaan dulu. Kepada yang bercita-cita nak jadi surirumah tu, jangan ingat mudah jadi surirumah ni...goyang kaki sambil tengok tv...tgk anak2 dan layan suami tersayang. Tetapi harus ingat TANGGUNGJAWAB sebagai 'ibu rumah' bukannya semudah yang disangka tetapi disebaliknya banyak keberkatan dan pahala yg dapat kita kumpul tau. Betapa bertuahnya menjadi wanita kannnnn....


Nanti kita claim di sana ye !!!


MAKEUP ARTIST & BARBIE

Passion is energy, feel the power that comes from focusing on what excites you - Oprah


Sesungguhnya kata-kata itu amatlah betul 100%. Bidang solekan ni, bukan sekadar untuk menambah pendapatan tetapi seni 'menconteng wajah' yang sangat K.Eisya minati sejak dari kecil. Kecil-kecil dulu mmg sukakan Barbie, suka tgk rambutnya yang panjang, makeup yang cantik.


Walaupun sangat obses dengan makeup tetapi kalau keluar rumah, K.Eisya sebenarnya tak suka


Walaupun sangat 'obses' dengan makeup tapi kalau keluar rumah, eisya sebenarnya tak suka pakai makeup yang keterlaluan atau tebal2. Cukup dengan BB Cream, blusher, lipstick dan kalau rajin letak eyeliner ala mata kucinggggg!!!!! meeowww

Macam mana sukanya tengok cantiknya Barbie tu, macam tu la suka nak 'mencantikkan' muka org, tu sebab minat jadi 'makeup artist'. Bagi Eisya, semua perempuan dilahirkan sangat cantik...solekan adalah sebagai penambah keserian wajah malah memberi keyakinan. Tujuan solekan untuk untuk cantik semata-mata sebenarnya, dengan secalit bedak...sedikit layangan pemerah pipi dan sedikit kemerahan pada bibir ...wajah akan nampak lebih segar, sihat dan bermaya. Nak 'natural beauty' sgt jangan la sampai muka nampak pucat lesi dan nampak tua dr usia.

Kalau ada kesempatan In sha Allah, Eisya akan berikan tip2 kecantikkan/solekan dalam blog ni.

Friday, 30 November 2012

BIDADARI SARAH KHADIJAH

Pada 25 November 2012 yang lalu, setelah selesai kelas solekan peribadi,  Apabila buka Facebook saya mendapat berita sedih. Anak kedua sahabat sekelas sy semasa di sekolah dulu, Sarah Khadijah telah pergi untuk selama-lamanya kepada penciptaNYA. Sebelum itu, Sarah telah di masukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Tawakal. Doktor telah mengesahkan Sarah dijangkiti Leptospirosis iaitu jangkitan daripada virus air kencing tikus. Ibunya, Liza Masrina seorang ibu yang sangat tabah dan kuat semangat. Beliau redha dengan apa yang berlaku dan sekarang aktif mengeluarkan status di Facebook mengenai apa yg menjadi punca dia kehilangan anak yang disayanginya supaya orang lain tidak menerima nasib yang sama sepertinya serta pihak yg berkaitan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Rentetan daripada kejadian ini, pada 10 November 2012. Mereka sekeluarga ke sebuah taman tema air di Shah Alam, tidak lama selepas itu tanda-tanda jangkitan telah nampak pada Sarah. Apa yng di kongsi oleh ibunya ialah diantara tanda-tanda tersebut adalah
  • demam
  • Perubahan warna pada kuku
  • Kesejukan dan menggigil
  • Hilang selera makan
  • Terlalu banyak tidur dan keletihan
Jika ada tanda-tanda ini, sila ambil tindakan segera membuat ujian darah kursus untuk denggi dan juga untuk semua bakteria dan virus.

Sila rujuk link ini untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai jangkitan ini

Leptospirosis

Nasihat sy kepada pembaca blog ini, mungkin kita tidak menyangka dan tidak mahu apa-apa berlaku kepada orang-orang yang kita sayangi. Tapi apa yang dikongsi oleh kawan sy ini kita gunakan sebaiknya. Walaupun kita ingin berikan yang terbaik, keseronokan dan masa bersama mereka tambahan pula sekarang musim cuti sekolah sentiasalah berwaspadalah. Setakat ini 4 kematian akibat jangkitan  dan virus ini selepas membawa anak-anak mandi di Wet Word Shah Alam. 

Bila mendengar berita ini melalui kawan2 yang lain dan membaca status Liza di Facebook, air mata mengalir kerana saya juga seorang ibu kepada 3 orang anak saya. Sekuat dan setabah mana pun dia hanya kita dapat memandang, bahu yang memikul hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.  Termenung seketika dan fikiran melayang memikirkan jika sy di tempatnya. Terbayang anak sendiri yang selalu di sisi yang ingin dimanja, dipeluk dan disayangi pergi dalam sekelip mata. Jauh di sudut hati sesungguhnya mmg tidak sy sanggup untuk menerima dugaan sebegitu tetapi apabila  melihat ketabahan Liza dan betapa kuatnya dia menerima takdir yg telah ditentukan kepadanya membuatkan sy kembali ke realiti dan lebih bersedia di atas segala kemungkinan yg berlaku.  

Apa yang berlaku saya ceritakan kepada anak saya Hureen & Zahen, saya tunjukkan pada Hureen 

Saya : 'Ini lah anak kawan mama yang comel yang kini berada di syurga. Kakak kan suka nama Khadijah , nama anak kawan mama ni Sarah Khadijah juga macam Kakak suka jadi princess dan suka warna pink & purple' 

Hureen : 'Comelnye dia mama, mesti mama dia sedih tapi kakak doa supaya mama dia tak sedih-sedih sebab nanti mesti Sarah tu sedih kalau mama dia sedih. Mama pernah jumpa dia tak?

Saya : Pernah kakak, dia mmg comel dan sgt cerdik. Umur dia sama dengan umur adik. Kakak bacakan Al-Fatihah untuk Sarah Khadijah yer.



Sarah Khadijah, sy pernah bertemu dia...berusia 6 tahun, sebaya dengan anak lelaki kedua sy seorang yang manja, ceria dan sgt cerdik. Paling tidak boleh sy lupakan senyuman dia sgt manis dan comel. Seperti anak perempuan sy juga, amat sukakan warna purple & pink. Sarah Khadijah anak yang terpilih ditempatkan di syurga dan akan menanti ibu dan ayahnya yg redha dengan pemergiaannya.

Kepada kawan sy Liza Masrina, walaupun saya tak dapat bersama kamu di saat kamu kehilangan Sarah tetapi doa daripada sy sentiasa mengiringi kamu, bukan dari sy seorang sahaja tetapi semua ibu-ibu mengetahui kisah ini. Terima kasih atas segala perkongsian mengenai jangkitan ini, sy pasti Sarah Khadijah sangat beruntung mampunyai ibu seperti kamu kerana selama dia dipinjamkan kepada kamu, kamu telah lakukan yang terbaik untuk dia sepertimana ibu-ibu lain yg ingin yang terbaik untuk anak-anak mrk. Dia pergi dulu kerana mahu membawa kamu ke syurga nanti. In Shaa Allah.

Diantara status FB Liza Masrina yg sgt menyentuh hati sy

mothers sometimes we overeacted, over protective, sometimes when we r angry we tend to loose control, sometimes we cane them, sometimes we hit them but 1 thing i always always do is i say sorry and 1 thing that my children always always always do also is to say sorry too.. Hug, kiss, smell, cuddle, pinch your kids, if u have girls, cook w them, bake with them, tie their hair even if they can do it themselves.. Look into their eyes and say i love u.. Have u told them today that you love them? If u hv not.. Do it! - Liza Masrina

like any other parents out there when ever we can as long as its within our means, we would buy our girls things they like, things they want. Sometimes we rejected their request for various reasons. Beside me is a pillow i bought last sunday morning, 1 i think sarah will love in pink colour. I realize then tht if she is all well now i will buy anything her little finger land on. Now, all i can afford to give is my doa for her.. Its free, just a sincere heart and my time. Its true then, the best things are always free of charge. 4 my angel, sarah khadijah allahamummarghfirlaha, warhamha, wa a'fihaa, wa' fuanha, al-fatihah.. - Liza Masrina

Sarah Khadijah, Sarah telah jadi di antara bidadari yang sgt cantik di sana... Al-fatihah  


Love, Eisya Rahman



Sunday, 30 September 2012

ABITO D BELLEZZE COLLECTIONS


Selain minat saya mengenai solekan, saya juga minat menjahit tapi saya tak pandai menjahit...mmmm macam mana tu????

Dari sekolah rendah, saya minat sgt lukis design baju-baju dress dan suka tengok fesyen-fesyen baju yang dilukis oleh Allahyarham Sudirman Hj. Arshad dalam majalah URTV. Oh yer la minat menjahit tapi tak pandai menjahit sebabnya nak fokus pada solekan dulu, so bila dah pandai bolehlah fokus pada minat yang lain pula.

Teringin nak belajar jahit baju kurung lagipun anak perempuan pun dah ada dua org, kain lak banyak yg cantik-cantik. Satu hari, dalam bercita-cita nak belajar jahit baju kurung nampak Yasalma Collections buka bengkel asas menjahit dress. Tanpa berfikir panjang terus jer daftar. Rasa beruntung dapat berguru dengan Salma, seorang designer muslimah yg terkenal ni. Koleksi dress muslimah dia sangat-sangat cantik. Kelas hanya 1 hari, tapi gambar-gambar di bawah adalah hasilnya selepas habis kelas dengan Salma. Dalam seminggu saya siapkan 3 dress, jangan terkejut kalau saya katakan dress ni hanya jahit jelujur...jahit tangan tau sbb saya tak ada mesin jahit lurus. Ini kerana EXCITED punya pasal !!! Walaupun hanya jahit tangan dress yg berwarna blue & purple sudah dibeli selepas dipujuk berkali-kali oleh kawan baik saya. Tapi yang warna Pink ni mmg TIDAK DIJUAL ;-).

Pinky Pinko Butterfly Dress by Eisya Rahman
Material : Lycra Cotton & Italian Silk


Majesty Color of Purple Dress by Eisya Rahman
Material : Lycra & High Quality Satin


Cool of Blue Butterfly Dress by Eisya Rahman
Material : Lycra & Italian Silk

Sebenarnya ada 1 lagi dress yang saya belum uploaddress berwarna hitam yg saya jahit semasa belajar di bengkel menjahit Yasalma Collections. Sebab ianya istimewa kerana berjaya merealisasikan impian saya menjahit dress jadi ada sesuatu yang saya lakukan ke atas dress tersebut...so tunggu ye, siap nanti saya upload pada post yg akan datang.




SOLAT SELEPAS BERSOLEK



Melaksanakan solat sunat nikah boleh dilakukan selepas akad nikah berakhir atau pada masa yang sesuai. Waktu yang terbaik boleh dilakukan bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami. Kedua-dua hendaklah bersolat terlebih dahulu dan seterusnya berdoa kepada Allah supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah daripada sebarang keburukan.

Terdapat riwayat daripada Abu Said yang menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya : "Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kepada kamu berdua"
- Sumber drp. Harian Metro

Semasa atau selepas bersolek di wajah bukanlah menjadi halangan untuk pengantin baru menunaikan solat sunat selepas akad nikah dan solat fardhu apabila masuk waktu solat untuk mendapat keberkatan dalam ikatan perkahwinan yg baru dibina.

Pengantin perempuan bolehlah mengambil wudhu dahulu dan kemudian jurusolek bolehlah memulakannya dan menyolekan pengantin perempuan seperti biasa. Jika anda menggunakan perkhidmatan jurusolek lelaki, minta dia memakai sarung tangan semasa menyolek anda bagi mengelakkan persentuhan yg membatalkan wudhu.

Jika anda menggunakan perkhidmatan sy sebagai jurusolek bagi majlis anda, jangan segan2 beritahu anda mahu solat bila masuk waktu, sy pun boleh tumpang solat sekali. Jangan risau dengan solekan anda semasa menunaikan solat, ianya tidak menjejaskan dan sy ada untuk membetulkannya sehingga siap sy menyempurnakan solekan di wajah anda. Gambar di bawah adalah salah seorang customer sy yang menunaikan solat Zohor selepas sy pakaikan makeup base, foundation, fake eyelash & eyeshadow di hari pernikahannya.


Semoga perkongsian ini memberi keberkatan kepada kita. Islam itu indah dan tidak menyusahkan .

Wasalam



Friday, 28 September 2012

MAC MAKEUP TECHNIQUE FOR MAKEUP ARTIST


MAC MAKEUP TECHNIQUE FOR MAKEUP ARTIST, Training Centre KLCC

Sebut je 'makeup artist' mesti customer tanya 'makeup pakai MAC tak', kalau jawab pakai akan ada soklan 'original tak kak'??? Buat pengetahuan para pembaca blog 'ahkak' ni mmg saya gunakan MAC original walaupun terketar2 tangan bila nak membayar di kaunter sebab sekali beli bukan RM100/200 tetapi mesti di atas RM500. Harga blending brush pun sebatang RM120. Bukan sebab banyak duit nak beli yang 'ori' tetapi kerana nak berikan yang terbaik dan produk berkualiti untuk customer. Bila yang ada tanya lagi 'MAC ori ke tak'??? So jawapannya lagi...mmg MAC ori dik bukan 'MEK' pasar malam, kalau nak gunakan perkhidmatan solekan daripada 'ahkak' gunakan tanpa was-was ye ;-)

Sampai sekarang saya belum ada member card MAC, dah bertahun-tahun borang keahlian ditangan bila pegi lupa nak bawa...lupa nak bawa ...lupa nak bawa...takpelah nanti letak jer dalam handbag, bila pegi lagi apply terus. Apapun terima kasih kepada promoter di Butik MAC kerana setiap kali shopping sakan..mesti dapat banyak sample. Diantaranya lipstick & foundation. Terima kasih daun keladi, bila saya datang nak lagi...wink ;-)

Oh sedikit intro di atas dan saya cerita ceriti mengenai gambar-gambar yang saya post pada kali ini. Kenalan Facebook dan juga rakan makeup artist, Ct Nordyna Nordin mengajak rakan2 makeup artist turut serta dalam workshop yang diadakan oleh MAC untuk makeup artist. Saya dapat tahu pun last minute, tak sempat nak jemput student kelas bridal makeup saya untuk turut serta. Insya Allah lain kali kalau ada lagi dan diberitahu lebih awal bolehlah saya ajak student kelas bridal makeup saya sebab dalam workshop ni banyak sangat info dan teknik makeup menggunakan produk MAC dengan cara yang betul dan hasilnya sgt AWESOME !!! Pada workshop kali ini, saya 'jatuh cinta' dengan MAC skincare, Lightfull. MAC voucher yang dapat masa workshop ni beli satu set (itu pun kena tambah duit sendiri jugak), reward untuk diri sendiri....





Mr. Shahrum, MAC makeup artist pada hari tersebut...best, macam Shahrum's Hari Raya Open House' sebab enjoy dengan makeup dan kuih-muih, kopi dan teh dari Coffee Bean...Yummy


Nampak tak yang berwarna merah tu??? rugi sangat2 siapa yang x beli masa ianya dikeluarkan sebab dalam tu ada 3 in 1. Dalam compact tu ada Mineralize Skinfinish soft & gentle, shading & Mineralize Blusher yg sgt cantik. Harga kalau tak silap saya RM120 jer, tapi kalau nak beli satu-satu hampir RM300. So jangan mengidam 'Wonder Woman' ye walaupun ianya best sebab keluaran limited edition.


Di antara kosmetik MAC yang disediakan pada hari workshop :-D (senyum sampai telinga dapat pakai walaupun pinjaman semata-mata)


Nota wajib kena ambil sebab bukan senang nak dapat tips yg best dari MAC makeup artist


The gorgeous MUA








Hasil solekan semasa workshop pada hari tersebut. Saya mmg suka solekan macam ni nampak soft & healthy