Wednesday, 19 December 2012

IKAN TALAPIA MASAK SAMBAL


Resepi kali ni senang jer, belajar daripada mak. Nampak merah menyala tapi x pedas, anak-anak sy suka makan dengan kicap. Ramai yang dah tanya resepi ni so malas nak menaip panjang-panjang

Bahan-bahan :

  • Seekor Ikan Talapia Sederhana Besar
  • 2 biji bawang besar ** (kebanyakan resepi sy guna bawang besar, kalau guna bawang kecil lagi sedap dan manis tapi x tahan la potong bawang kecil2 tu...airmata keluar berderu2)
  • 1 ulas bawang putih **
  • 10 biji cili merah segar ** (pilih yg gemuk2 kalau taknak pedas)
  • 1 biji tomato **
  • Serbuk kunyit untuk mengoreng ikan
  • Garam
  • Minyak
Cara-cara memasak :

  • Ikan talapia di goreng terlebih dahulu, jangan lupa letak garam dan kunyit serbuk ye sebelum goreng ikan
  • Blend bahan **
  • Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi, apabila agak kering masukkan garam secukup rasa
  • Bila kuah dah masak, letak kuah di atas ikan talapia yang telah digoreng
Senang jer kan, selain ikan talapia boleh juga gunakan ikan keli, kerapu dan siakap.

SELAMAT MENCUBA !!!




Wednesday, 5 December 2012

IKAN KELI MASAK TEMPOYAK



Ingat lagi resepi durian crepe pada post sy yang lalu?  Sempena musim durian ni nak share lagi resepi berasaskan durian. Kali ni masak ikan keli tempoyak. Buah durian ada lebih sebiji, pastu teringat pula lama tak makan masak tempoyak, suruh En. Hubby beli tempoyak dia takmau beli sebab dia tak suka jadi buatlah tempoyak buatan sendiri. Bukan susah pun, senang jer. Rasa lebih sedap dan original. Yang dijual di kedai kalau nampak cantik berseri jer tu ada yg campurkan dengan tepung. 

Cara membuat tempoyak :

Bahan-bahan 
Sebiji durian 
1 sudu Garam

Cara-cara :
Asingkan isi durian dari bijinya, hancurkan isi dan gaul dengan garam. Sewaktu membuat tempoyak, pastikan tangan dan bekas semuanya kering. Bila dah siap, masukkan dalam bekas dan tutup. Jangan isi penuh sbb nanti boleh meletup tapi tak lah meletup macam bom atom. Cukup seminggu dah jadi tempoyak tapi kalau nak masak kurang dari seminggu selepas pembikinan, dalam masakan nanti masukkan lebih asam keping.

Untuk resepi Ikan Keli Masak Tempoyak pula

Bahan-bahan
4 ekor ikan keli di potong 2 bahagian (boleh diganti dengan ikan sungai yg lain seperti patin & talapia)
2 biji bawang besar **
6 biji cili padi ** (kalau nak lebih pedas, boleh masukkan lebih cili)
Kunyit hidup sebesar ibu jari **
1 senduk tempoyak **
Asam keping (boleh letak lebih jika nak lebih masam atau tempoyak baru buat)
1 batang bunga kantan
Seikat daun kesum
Timun

Cara-cara :
1. Basuh ikan keli bersama dengan limau dan garam, boleh rendamkan seketika
2. Blend bahan yang bertanda ** campurkan dengan sedikit air, selepas itu masukkan ke dalam periuk. Sy tak letak banyak air, biar pekat sikit. Lagi sedap.
3. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping
4. Bila telah mendidih, masukkan ikan keli, timun dan garam secukup rasa.

Setelah masak, hidangkan dengan nasi putih. Masakan ini menjadi kegemaran rakyat malaysia, rugi ler kome yg tak makan tempoyak heheheh

SELAMAT MENCUBA !!!





Saturday, 1 December 2012

FENOMENA DURIAN CREPE

Sekarang ni apa sahaja yang sedap dan menarik pasti menjadi bualan hangat di Facebook dan Twitter...peniaga sekarang pun tak perlu nak susah buat iklan, kalau sedap dan service bagus...iklan dan testimoni percuma daripada para pelanggan..so kepada para peniaga sentiasa jaga kualiti, kesedapan dan customer service yg bagus ye jangan nanti pelanggan dah berduyun-duyun semuanya jadi hancus...terus martabatkan peniaga melayu.

Oh bercerita pasal perniagaan ni dan tajuk di atas bukannya saya nak jual durian crepe yang mana bila tgk gambar dan sebut jer dah terliuq rasanya. Sebagai pengemar durian mmg la teringin...teringin yg teramat sgt tambahan lak sekarang ni musim durian. Nak order tapi jauh2 la pulak so alternatif lain BUAT SENDIRI walaupun tak berbaloi buat sendiri sebenarnya sebab hubby & anak-anak tak suka sangat desert pelik2 ...optts pelik ker????

Tak yah cite banyak tgk gambar dulu, gambar daripada hp jer...malas nak guna camera DSLR, kang ada lak yg meleleh-leleh air liuq macam air hujan yg tengah ujan sekarang ni...


Kepada yang ingin mencuba sy, share 2 jenis resepi. Resepi sy yg pertama ni senang jer just guna sukatan sudu ..takyah nak pakai gram2 (penimbang) sebab sy bukan peserta Master Chef Malaysia tapi saya gunakan 4 jenis tepung. Resepi kedua daripada adik saya, Pensyarah/Pengajar dalam bidang masakan di Institut Belia Negara (IKBN) so kalau tak jadi resepi pertama cuba resepi kedua, tak jadi juga....jangan buang masa dan duit beli jer yang dah siap :-D

Resipi 1 :

Bahan-Bahan
4 sudu besar Tepung Gandum
4 sudu besar Tepung Ubi
2 sudu besar Tepung Kastard
2 sudu besar Tepung Jagung
1 biji telur ayam
2 sudu besar santan kotak
2 sudu besar gula
Secubit garam
Sedikit esen Vanilla
Pewarna kuning
Air 150ml

Kesemua bahan ni masukkan semua dan kacau...kalau nak cepat masuk jer dalam blender, tapi kalau guna blender nanti berbuih...bila berbuih nanti kulit jadi berlubang2 (dah buat eksperimen) so kalau guna blender buang buih tu dulu dengan cara menggunakan penapis. Masukkan dalam kuali non stick so tak perlu guna minyak yer. Gunakan api yang berlahan, masukkan satu senduk dan gelek2 goyang Inul, bila dah masak di bahagian tepi (jangan biar sampai keras nanti susah nak lipat) bolehlah angkat perlahan-lahan.

Untuk inti mesti ler isi durian, biji buang ler jangan sekali biji pun letak sekali tapi kalau tak makan durian boleh gantikan ngan buah mangga yang masak ranum dan buah peach dalam tin, sedap tau.

Biasanya orang guna Whipping cream 'Whip Cream Non Diary' tapi saya gunakan Real Dairy Sweetened Whipped Cream, brand Paysan Breton....tak perlu nak lenguhkan tangan memukul sampai kental, guna ni jer senang...goncang-goncang...preeeetttttttt letak isi durian, preeetttt lagi sekali pastu lipat la .....enak, manis dan berlemak....makan lak dengan durian huhuhu. Nak lebih sedap masukkan dalam freezer, perrgghh rasa macam ais krim durian. Cuma, kalau gunakan yang ni, cepat sikit cair dan kental macam yang jenis lagi satu tapi ok la utk makan sendiri...buat sendiri boleh makan puas-puas. 


Resepi 2 :

250 gm Tepung Gandum
500 ml Santan
1/2 tsp garam
1 tsp pes pandan
Sedikit pewarna hijau
1 cawan Whipping Cream Non Dairy
Isi Durian

Cara-cara lebih kurang sama jer macam di atas.

Resipi dah dapat jadi boleh la mencuba yer, kalau mula2 tak jadi jangan putus asa buat sampai jadi...nak berlubang ke, tebal ke atau rupa tak cantik tapi mmg sedap...sebab yang penting 'hidup biar sedap'...

SELAMAT MENCUBA !!!






Friday, 30 November 2012

BIDADARI SARAH KHADIJAH

Pada 25 November 2012 yang lalu, setelah selesai kelas solekan peribadi,  Apabila buka Facebook saya mendapat berita sedih. Anak kedua sahabat sekelas sy semasa di sekolah dulu, Sarah Khadijah telah pergi untuk selama-lamanya kepada penciptaNYA. Sebelum itu, Sarah telah di masukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Tawakal. Doktor telah mengesahkan Sarah dijangkiti Leptospirosis iaitu jangkitan daripada virus air kencing tikus. Ibunya, Liza Masrina seorang ibu yang sangat tabah dan kuat semangat. Beliau redha dengan apa yang berlaku dan sekarang aktif mengeluarkan status di Facebook mengenai apa yg menjadi punca dia kehilangan anak yang disayanginya supaya orang lain tidak menerima nasib yang sama sepertinya serta pihak yg berkaitan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Rentetan daripada kejadian ini, pada 10 November 2012. Mereka sekeluarga ke sebuah taman tema air di Shah Alam, tidak lama selepas itu tanda-tanda jangkitan telah nampak pada Sarah. Apa yng di kongsi oleh ibunya ialah diantara tanda-tanda tersebut adalah
  • demam
  • Perubahan warna pada kuku
  • Kesejukan dan menggigil
  • Hilang selera makan
  • Terlalu banyak tidur dan keletihan
Jika ada tanda-tanda ini, sila ambil tindakan segera membuat ujian darah kursus untuk denggi dan juga untuk semua bakteria dan virus.

Sila rujuk link ini untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai jangkitan ini

Leptospirosis

Nasihat sy kepada pembaca blog ini, mungkin kita tidak menyangka dan tidak mahu apa-apa berlaku kepada orang-orang yang kita sayangi. Tapi apa yang dikongsi oleh kawan sy ini kita gunakan sebaiknya. Walaupun kita ingin berikan yang terbaik, keseronokan dan masa bersama mereka tambahan pula sekarang musim cuti sekolah sentiasalah berwaspadalah. Setakat ini 4 kematian akibat jangkitan  dan virus ini selepas membawa anak-anak mandi di Wet Word Shah Alam. 

Bila mendengar berita ini melalui kawan2 yang lain dan membaca status Liza di Facebook, air mata mengalir kerana saya juga seorang ibu kepada 3 orang anak saya. Sekuat dan setabah mana pun dia hanya kita dapat memandang, bahu yang memikul hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.  Termenung seketika dan fikiran melayang memikirkan jika sy di tempatnya. Terbayang anak sendiri yang selalu di sisi yang ingin dimanja, dipeluk dan disayangi pergi dalam sekelip mata. Jauh di sudut hati sesungguhnya mmg tidak sy sanggup untuk menerima dugaan sebegitu tetapi apabila  melihat ketabahan Liza dan betapa kuatnya dia menerima takdir yg telah ditentukan kepadanya membuatkan sy kembali ke realiti dan lebih bersedia di atas segala kemungkinan yg berlaku.  

Apa yang berlaku saya ceritakan kepada anak saya Hureen & Zahen, saya tunjukkan pada Hureen 

Saya : 'Ini lah anak kawan mama yang comel yang kini berada di syurga. Kakak kan suka nama Khadijah , nama anak kawan mama ni Sarah Khadijah juga macam Kakak suka jadi princess dan suka warna pink & purple' 

Hureen : 'Comelnye dia mama, mesti mama dia sedih tapi kakak doa supaya mama dia tak sedih-sedih sebab nanti mesti Sarah tu sedih kalau mama dia sedih. Mama pernah jumpa dia tak?

Saya : Pernah kakak, dia mmg comel dan sgt cerdik. Umur dia sama dengan umur adik. Kakak bacakan Al-Fatihah untuk Sarah Khadijah yer.



Sarah Khadijah, sy pernah bertemu dia...berusia 6 tahun, sebaya dengan anak lelaki kedua sy seorang yang manja, ceria dan sgt cerdik. Paling tidak boleh sy lupakan senyuman dia sgt manis dan comel. Seperti anak perempuan sy juga, amat sukakan warna purple & pink. Sarah Khadijah anak yang terpilih ditempatkan di syurga dan akan menanti ibu dan ayahnya yg redha dengan pemergiaannya.

Kepada kawan sy Liza Masrina, walaupun saya tak dapat bersama kamu di saat kamu kehilangan Sarah tetapi doa daripada sy sentiasa mengiringi kamu, bukan dari sy seorang sahaja tetapi semua ibu-ibu mengetahui kisah ini. Terima kasih atas segala perkongsian mengenai jangkitan ini, sy pasti Sarah Khadijah sangat beruntung mampunyai ibu seperti kamu kerana selama dia dipinjamkan kepada kamu, kamu telah lakukan yang terbaik untuk dia sepertimana ibu-ibu lain yg ingin yang terbaik untuk anak-anak mrk. Dia pergi dulu kerana mahu membawa kamu ke syurga nanti. In Shaa Allah.

Diantara status FB Liza Masrina yg sgt menyentuh hati sy

mothers sometimes we overeacted, over protective, sometimes when we r angry we tend to loose control, sometimes we cane them, sometimes we hit them but 1 thing i always always do is i say sorry and 1 thing that my children always always always do also is to say sorry too.. Hug, kiss, smell, cuddle, pinch your kids, if u have girls, cook w them, bake with them, tie their hair even if they can do it themselves.. Look into their eyes and say i love u.. Have u told them today that you love them? If u hv not.. Do it! - Liza Masrina

like any other parents out there when ever we can as long as its within our means, we would buy our girls things they like, things they want. Sometimes we rejected their request for various reasons. Beside me is a pillow i bought last sunday morning, 1 i think sarah will love in pink colour. I realize then tht if she is all well now i will buy anything her little finger land on. Now, all i can afford to give is my doa for her.. Its free, just a sincere heart and my time. Its true then, the best things are always free of charge. 4 my angel, sarah khadijah allahamummarghfirlaha, warhamha, wa a'fihaa, wa' fuanha, al-fatihah.. - Liza Masrina

Sarah Khadijah, Sarah telah jadi di antara bidadari yang sgt cantik di sana... Al-fatihah  





Sunday, 30 September 2012

ABITO D BELLEZZE COLLECTIONS


Selain minat saya mengenai solekan, saya juga minat menjahit tapi saya tak pandai menjahit...mmmm macam mana tu????

Dari sekolah rendah, saya minat sgt lukis design baju-baju dress dan suka tengok fesyen-fesyen baju yang dilukis oleh Allahyarham Sudirman Hj. Arshad dalam majalah URTV. Oh yer la minat menjahit tapi tak pandai menjahit sebabnya nak fokus pada solekan dulu, so bila dah pandai bolehlah fokus pada minat yang lain pula.

Teringin nak belajar jahit baju kurung lagipun anak perempuan pun dah ada dua org, kain lak banyak yg cantik-cantik. Satu hari, dalam bercita-cita nak belajar jahit baju kurung nampak Yasalma Collections buka bengkel asas menjahit dress. Tanpa berfikir panjang terus jer daftar. Rasa beruntung dapat berguru dengan Salma, seorang designer muslimah yg terkenal ni. Koleksi dress muslimah dia sangat-sangat cantik. Kelas hanya 1 hari, tapi gambar-gambar di bawah adalah hasilnya selepas habis kelas dengan Salma. Dalam seminggu saya siapkan 3 dress, jangan terkejut kalau saya katakan dress ni hanya jahit jelujur...jahit tangan tau sbb saya tak ada mesin jahit lurus. Ini kerana EXCITED punya pasal !!! Walaupun hanya jahit tangan dress yg berwarna blue & purple sudah dibeli selepas dipujuk berkali-kali oleh kawan baik saya. Tapi yang warna Pink ni mmg TIDAK DIJUAL ;-).

Pinky Pinko Butterfly Dress by Eisya Rahman
Material : Lycra Cotton & Italian Silk


Majesty Color of Purple Dress by Eisya Rahman
Material : Lycra & High Quality Satin


Cool of Blue Butterfly Dress by Eisya Rahman
Material : Lycra & Italian Silk

Sebenarnya ada 1 lagi dress yang saya belum uploaddress berwarna hitam yg saya jahit semasa belajar di bengkel menjahit Yasalma Collections. Sebab ianya istimewa kerana berjaya merealisasikan impian saya menjahit dress jadi ada sesuatu yang saya lakukan ke atas dress tersebut...so tunggu ye, siap nanti saya upload pada post yg akan datang.




SOLAT SELEPAS BERSOLEK



Melaksanakan solat sunat nikah boleh dilakukan selepas akad nikah berakhir atau pada masa yang sesuai. Waktu yang terbaik boleh dilakukan bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami. Kedua-dua hendaklah bersolat terlebih dahulu dan seterusnya berdoa kepada Allah supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah daripada sebarang keburukan.

Terdapat riwayat daripada Abu Said yang menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya : "Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kepada kamu berdua"
- Sumber drp. Harian Metro

Semasa atau selepas bersolek di wajah bukanlah menjadi halangan untuk pengantin baru menunaikan solat sunat selepas akad nikah dan solat fardhu apabila masuk waktu solat untuk mendapat keberkatan dalam ikatan perkahwinan yg baru dibina.

Pengantin perempuan bolehlah mengambil wudhu dahulu dan kemudian jurusolek bolehlah memulakannya dan menyolekan pengantin perempuan seperti biasa. Jika anda menggunakan perkhidmatan jurusolek lelaki, minta dia memakai sarung tangan semasa menyolek anda bagi mengelakkan persentuhan yg membatalkan wudhu.

Jika anda menggunakan perkhidmatan sy sebagai jurusolek bagi majlis anda, jangan segan2 beritahu anda mahu solat bila masuk waktu, sy pun boleh tumpang solat sekali. Jangan risau dengan solekan anda semasa menunaikan solat, ianya tidak menjejaskan dan sy ada untuk membetulkannya sehingga siap sy menyempurnakan solekan di wajah anda. Gambar di bawah adalah salah seorang customer sy yang menunaikan solat Zohor selepas sy pakaikan makeup base, foundation, fake eyelash & eyeshadow di hari pernikahannya.


Semoga perkongsian ini memberi keberkatan kepada kita. Islam itu indah dan tidak menyusahkan .

Wasalam